NOVEMBER 2021

Kerajaan Sarawak Sumbang RM5 Juta Penubuhan Kursi Sheikh Othman Sarawak - Abg Jo


KUCHING, 8 Nov—Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Openg mengumumkan dana berjumlah RM 5 juta untuk penubuhan Kursi Sheikh Othman Sarawak di Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM) bagi meneroka bidang penyelidikan baharu yang dapat memacu kepada agenda pemerkasaan sosio-ekonomi  masyarakat Islam di negeri ini.

Beliau berkata demikian semasa menjadi saksi Majlis Penyerahan Memorandum Perjanjian (MoA) Penubuhan Kursi Sheikh Othman Sarawak antara Majlis Islam Sarawak dan Universiti Kebangsaaan Malaysia di sini, hari ini.

Abang Johari menambah lagi,  inisiatif untuk menubuhkan kursi tersebut kini menjadi realiti selepas 3 tahun berlalu iaitu ketika Nadwah Ulama Nusantara kali Ke-8 pada 2018 lalu.

Katanya lagi, penubuhan Kursi Sheikh Othman menjadi bukti hubungan erat diantara kerajaan negeri dengan pihak UKM khususnya dalam aspek pembangunan sosio-ekonomi.

Turut hadir sama, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri  (Hal Ehwal Islam dan DBKU) merangkap Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dan Yang Dipertua MIS, Datu Misnu Taha serta Naib Canselor UKM, Prof. Dato' TS Dr. Mohd Ekhwan Toriman.

Sumber dari : Sarawakku